SABAH SCOUTS UNITED : Official Sabah Scouts' e-Group
Mukadimah
Selaras dengan “Resolusi Kundasang” Pentadbiran Pengakap di seluruh Negeri Sabah
Sehubungan itu, peserta Bengkel ICT Pengakap Negeri yang telah diadakan pada 9 – 11 November 2007 telah merumuskan bahawa :
i. Salah satu sebab utama kekurangan penyertaan dalam aktiviti Pengakap Negeri semenjak 6 tahun lepas adalah kerana kelemahan dari segi strategi penyampaian maklumat.
ii. Golongan sasar penyampaian maklumat (Pengakap di peringkat akar umbi) lebih gemar dan mudah mendapatkan maklumat secara ‘on-line’, terutamanya yang bersifat ‘interaktif’ (dua hala) berbanding dengan laman web biasa dan cara konvensional (pos, telefon, fax dsb.)
Satu sesi percubaan telah dibuat semasa penganjuran JOTA-JOTI 2007 di mana maklumat disampaikan hanya melalui internet dalam jangka masa yang singkat sebelum acara. Apabila penyertaan JOTA-JOTI 2007 dibandingkan dengan penyertaan pada tahun 2006, didapati bahawa kadar penyertaan telah meningkat sebanyak 100%. Oleh yang demikian
Selari dengan kajian 3 bulan yang dibuat sebelum Bengkel ICT tersebut (September - November 2007), adalah didapati bahawa terdapat lebih daripada 1,000 orang Pemimpin serta Pengakap di seluruh negeri Sabah yang memiliki profil peribadi dalam “Jaringan Sosial” (Social Networking) seperti Friendster, MySpace, Tagged, Hi5 dan sebagainya. Terdapat juga lebih 20 buah kumpulan Pengakap dan Krew Kelana Sabah yang telah memiliki e-group masing-masing.
Oleh yang demikian, adalah diperkirakan perlu dan bersesuaian untuk mewujudkan satu platform di dalam Friendster bagi tujuan penyampaian maklumat kepada golongan sasar terbesar Pengakap negeri dan juga bagi tujuan mempromosikan Pengakap secara amnya.
Matlamat
Mewujudkan satu komuniti rangkaian komunikasi dua hala (interaktif) secara “online” sesama Pengakap semua peringkat dari seluruh Sabah bagi menjana pendekatan terbaik kearah memartabatkan imej Pengakap pada pandangan umum di samping memberi respon serta maklumbalas untuk tujuan memperkaya dan memperbaiki pembentukan polisi Pengakap Negeri Sabah.
Objektif
1. Mewujudkan satu komuniti yang boleh menyuarakan pendapat kearah
peningkatan positif terhadap pembentukan polisi Pengakap Negeri.
2. Menyampaikan maklumat yang tepat, cepat dan langsung kepada semua
peringkat Pengakap di seluruh negeri Sabah
3. Memperkenalkan imej korporat Pengakap masakini melalui satu kumpulan
yang diseliakan terus di bawah Ibupejabat Negeri Sabah.
4. Mengenalpasti masalah di peringkat akar umbi yang tidak disampaikan
kepada negeri dan sekaligus mencari jalan penyelesaian terbaik.
5. Menghidupkan semula budaya serta tradisi Pengakap melalui perhubungan
terus secara dua hala di antara pelbagai peringkat Pengakap.
Nama Rasmi
SABAH
Pelantar
FRIENDSTER
Alamat URL
http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=950718
Tarikh Penubuhan
15 Oktober, 2007
Moderator
Nourman Rayn
Penolong Pesuruhjaya Negeri (Perhubungan Awam & Multimedia)
Syarat Keahlian
Terbuka kepada semua ahli Pengakap (terutamanya dari Negeri Sabah) yang memiliki Profil peribadi Friendster.
Jumlah Keahlian
704 orang (Setakat 23 Jun 2008)
Peringkat Keahlian Terkini
(Setakat 23 Jun 2008)
Penolong Pesuruhjaya Negeri
Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri
Pesuruhjaya Daerah
Penolong Pesuruhjaya Daerah
Pemimpin
Penolong Pemimpin
Guru Penasihat Pengakap
Pengakap Kelana
Pengakap Muda
Pengakap Remaja
Pengakap Kanak-kanak
Bekas ahli Pengakap
Penyertaan Daerah Terkini
(Setakat 23 Jun 2008)
1. Ibupejabat Negeri Sabah
2. Kota
3. Penampang
4. Sembulan
5. Papar
6. Inanam
7. Usukan
8. Kawang
9. Beaufort
10. Membakut
11. Sipitang
12. Tenom
13. Keningau
14. Tambunan
15. Sook
16. Ranau
17. Telupid
18. Karamunting
19. Sibuga
20. Sandakan
21. Kinabatangan
22. Lahad Datu
23. Kunak
24. Semporna
25. Tawau
26. Kudat
27. Kota
28. Pulau Pinang
29. Melaka
30. Johor
31. WP Labuan
32. Indonesia
Mengapa “FRIENDSTER” sebagai pelantar?
1. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih daripada 1,000 orang ahli Pengakap
Sabah yang memiliki profil peribadi di Friendster. Oleh itu, skop kumpulan
sasar boleh dikira agak besar terdapat di dalam Friendster.
2. Trend “Chatroom” dan “Social Networking” seperti Friendster,
Facebook, Tagged, Hi5 MySpace memang menjadi kegemaran ramai
pada hari ini tanpa mengira factor usia dan status individu terbabit.
Cabaran / Halangan
1. Faktor geografi dan jarak menghadkan penglibatan sepenuh masa ahli e-Group secara fizikal.
2. Polisi Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Kekangan kewangan untuk melibatkan diri terutamanya bagi ahli yang di
peringkat Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja.
Perancangan Jangka Pendek e-Group
Mendaftarkan satu krew kelana terbuka “Sabah Scouts United” sebagai unit sokongan
kepada pentadbiran Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah.
Perancangan Jangka Panjang e-Group
1. JOTI (Jambori di Internet) melalui medium Friendster
2. Penubuhan kumpulan Kompang (Hadrah) Ibupejabat Pengakap Negeri
Sabah
3. Unit Pancaragam Kehormat Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah
4. Unit tetap Kawalan Kehormat bagi acara-acara rasmi
5. Unit Kewartawanan dan Responden Daerah-daerah
6. Arkib Pengakap
7. Sekretariat Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah
8. Kursus Pengurusan, pentadbiran dan kemahiran secara “in-house”
Perancangan Dana e-Group
1. Perusahaan Menternak Ikan Keli Dalam Kanvas Secara Komersil yang
akan dimulakan di Ibupejabat seawal 29 Jun 2008.
2. Operasi Kedai Pengakap yang sedang dalam perancangan.
3. Sumbangan dari badan/individu di luar Pengakap.
Logo dan Lencana Khas Sabah Scouts United
LOGO
Simbolik & Maksud
Bentuk Berlian
Melambangkan E-Group yang bersifat kukuh, progresif dan bernilai tinggi.
Logo Pengakap Malaysia
Melambangkan intipati dan skop e-group ini iaitu Kepengakapan
Bingkai Berwarna Biru Air dan Kelabu Asap
Memberi identiti ‘Friendster’ yang menjadi perantara utama Sabah Scouts United
Warna latar Hijau dan Kuning di dalam Bingkai
Menunjukkan identiti rasmi Ibupejabat Negeri Pengakap Sabah. Ini kerana e-Group ini diseliakan secara terus oleh Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah
Nama E-Group yang berwarna Merah Saga
Menggambarkan sifat keyakinan dan keberanian serta penekanan terhadap kelantangan dan keberanian dalam menyuarakan pandangan serta pendirian kearah yang positif
Perkataan “e-Community” berwarna Biru
Bermaksud perpaduan di dalam satu komuniti “on-line” dari segenap lapisan serta peringkat Kepengakapan tanpa mengira bangsa dan agama
Perkataan “UNITED” di bawah logo Pengakap
Memberi maksud ahli e-Group yang bersatu hati di dalam ikatan Persaudaraan Pengakap
Angka tahun di tengah logo (bersifat boleh-ubah)
Memberi penanda kepada tahun terkini dalam pergerakan e-Group ini
Perkataan “Established 2007”
Memberi identiti korporat terhadap logo dan penanda tahun penubuhan e-Group ini
Cara Pemakaian Lencana Sabah
Setelah mendapat kelulusan dan dengan kuasa Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah, ahli Sabah Scouts United boleh memakai lencana rasmi e-group ini pada pakaian seragam rasmi Pengakap.
Cara pemakaian adalah pada lengan baju sebelah kiri.
Bagi Pesuruhjaya - Di bawah “shoulder flash” (tanda pangkat)
Dan Pemimpin
Pengakap Kelana - Di bawah “shoulder flash” KELANA. Dan di bawah
logo Krew Kelana (jika ada)
Pengakap Kanak-kanak }
Pengakap Muda } Lengan baju sebelah kanan
Pengakap Remaja } (di bawah nombor kumpulan)
Tarikh sah laku lencana ditetapkan selama 2 tahun.



sebagai ahli pengakap yang amat merindui aktiviti pengakap...saya amat berbangga dengan apa yang saya baca hari ini... teruskan perjuangan pengakap ini. sekali berpengakap terus berpengakap.
selalu bersedia ini untuk berkhidmat.
mirza 0168232633... call me if ada aktiviti yang boleh melibatkan diri ku yang kegersangan dengan aktiviti pengakap.....
Posted by: ScorfieLd | August 22, 2008 06:28 AM