SUBORDINATION vs INSUBORDINATION
Perkara ini memang sudah terjadi dalam Pergerakan Pengakap di Sabah...tetapi semenjak akhir-akhir ini..ianya telah semakin berlarutan dan menimbulkan komplikasi di antara Ibupejabat, Pemimpin di Daerah-daerah dan juga ahli Pengakap di bawah Pemimpin itu sendiri. Satu perkara yang harus diambil tahu oleh SETIAP Pengakap ialah PIHAK IBUPEJABAT NEGERI merupakan satu entiti dalam Pengakap Sabah yang berperanan mentadbir kemajuan dan pengurusan Pengakap di seluruh Negeri Sabah. Bukannya kecil skop tugas kami. Seramai lebih 50,000 orang ahli di sebanyak 700 kumpulan Pengakap seluruh negeri yang terpaksa kami puaskan hati mereka.. Perihal aktiviti, program, perkhemahan dsb...semuanya adalah terletak pada inisiatif dan kuasa Daerah untuk menganjurkannya. Buat apa kami lantik Pesuruhjaya Daerah dan mengeluarkan tauliah kepada Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin sekiranya kami di Negeri pulak yang terpaksa menganjurkan aktiviti untuk Pengakap. Tetapi apa yang terjadi di kebelakangan ini, ramai di antara Pemimpin yang telah kami berikan kepercayaan dan kami lantik telah seakan mengabaikan tanggungjawab mereka dan kurang melaksanakan program-program yang sepatutnya dijalankan. Dalam usaha untuk mempromosikan Pengakap, banyak maklumat telah disalurkan yang telah sampai kepada ahli Pengakap di peringkat akar umbi. Untuk apa Pengakap Sabah mengeluarkan belanja yang besar untuk siaraya program itu dan ini sekiranya apabila maklumat itu diterima, hasrat para Pengakap yang ingin menyertai program yang diwar-warkan tidak kesampaian kerana tiada penganjuran atau pengurusan di peringkat daerah mereka. Harus diingat oleh setiap Pengakap, pihak Ibupejabat Negeri sepatutnya tidak dibebankan dengan terpaksa menganjurkan program-program 'picisan' hanya kerana untuk memenuhi hasrat segelintir Pengakap yang bersikap positif dan aktif yang dahagakan program tetapi gagal untuk mendapatkannya penganjuran daripada Daerah. Ini kerana, Ibupejabat Negeri : 1. Tidak mempunyai sebarang kumpulan ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja dan Kelana di bawahnya, berlainan dengan Daerah. 2. Tenaga kerja di Ibupejabat Negeri adalah terhad..untuk pengurusan dan pentadbiran, boleh dikatakan hanya ada 1 orang sahaja. Bila diminta pertolongan pegawai yang lain, keadaan dan beban kerja yang sepatutnya semakin ringan menjadi semakin kusut dan berterabur kerana tiada konsistensi dalam komitmen kerja mereka. Oleh yang demikian, sejak 2-3 tahun yang lepas, Ibupejabat Negeri telah menganjurkan banyak program dan aktiviti peringkat daerah untuk menampung kekosongan yang ditinggalkan di peringkat daerah sendiri. Apabila sesuatu program dianjur oleh satu badan yang kurang tenaga kerjanya, maka program akan menjadi tidak teratur dan serba tidak sempurna. Ini mendorong kepada kecaman dan kritikan tidak membina yang tetap diterima oleh pihak Ibupejabat Negeri. Sehubungan itu, para Pemimpin harus menyedari kuasa prerogatif yang ada di negeri untuk, 1. Mendapatkan khidmat ahli Pengakap dari daerah secara terus untuk membantu menjayakan program Negeri. Berdasarkan hakikat bahawa Negeri tidak memiliki ahli Pengakap yang ditadbir terus di bawahnya. 2. Menolak bantahan SECARA LISAN dan BERTULIS daripada Daerah sekiranya tidak bersetuju ahli Pengakap mereka dikerah oleh negeri (walaupun pada hakikatnya tindakan sebegini oleh Daerah ini adalah tidak berapa wajar kerana kebanyakan ahli Pengakap yang dikerah untuk berkhidmat kepada negeri telah menawarkan khidmat mereka terlebih dahulu sebelum dikerah). 3. Bersikap adil kepada semua ahli Pengakap di setiap Daerah. (PEMIMPIN YANG TELAH DILANTIK UNTUK MENGANGGOTAI JAWATANKUASA DI PERINGKAT NEGERI harus lebih meluaskan skop bidang kuasa dan pemahaman mereka.) Mereka harus memberi layanan dan khidmat ADIL DAN SAKSAMA kepada semua Daerah tanpa mengira samada itu daerah mereka ataupun tidak. Jangan seperti segelintir Pemimpin yang hanya memberatkan kepada ahli-ahli Pengakap daripada Daerah mereka sahaja. Ada juga Pemimpin yang melarang ahli mereka daripada membantu di peringkat negeri. (Rasional atas tindakan ini sampai sekarang masih kabur lagi) Untuk perkara (3) di atas, ada yang mengatakan Pemimpin bertindak demikian atas dasar ahli Pengakap harus melalui Pemimpin di Daerah mereka sebelum 'melangkau' ke Negeri. Ini pada dasarnya memang benar tetapi kebanyakan Pemimpin yang terlibat dalam hal seperti ini adalah juga merupakan Pemimpin yang telah dilantik dan sering terlibat membantu program di peringkat negeri. Jadi mereka sepatutnya lebih arif mengenai masalah kekurangan tenaga kerja di peringkat Ibupejabat. Mereka ditarik ke Ibupejabat tetapi masih menghadkan skop pandangan dan pemikiran mereka setakat di daerah sahaja. Sudah tentu ini akan menyukarkan Negeri menjayakan program-program yang pada dasarnya adalah untuk dan sepatutnya dianjur oleh daerah sendiri. Pemimpin-pemimpin ini ingin melatih kepatuhan (subordinance) di kalangan ahli bawahannya..tetapi bagaimana pula dengan kepatuhannya terhadap pemimpin atasannya? Menghalang kejayaan program negeri walau atas sebab apa pun merupakan salah satu conton sikap tidak hormat dan patuh di kalangan Pemimpin daerah. Ini boleh kita kategorikan sebagai KHIANAT (TREASON)..di banyak negara lain..sehingga ke hari ini..kesalahan Khianat ataupun Treason boleh dijatuhkan HUKUMAN MATI. Mujurlah kita masih dalam sebuah pergerakan yang berteraskan prinsip toleransi dan persaudaraan. Kepada para Pemimpin di daerah, jangan menjadikan persaingan pencapaian sesama daerah sebagai penyebab kegagalan program negeri ataupun daerah yang lain. Bukan ini yang ingin kita lahirkan dalam Pengakap. Seboleh-bolehnya kita inginkan penyertaan 'bercampur' sesama daerah bagi membolehkan pertukaran idea dan perkongsian kejayaan dalam pencapaian. PRINSIP PENGAKAP BUKANLAH UNTUK MELAHIRKAN SESEBUAH DAERAH YANG CEMERLANG DARI SEGI PENCAPAIAN LENCANA DAN ANUGERAH TETAPI PADA MASA YANG SAMA, AHLI PENGAKAP YANG DILAHIRKAN BERSIKAP TINGGI DIRI DAN TIDAK MENGETAHUI PERKEMBANGAN DI DAERAH LAIN LALU MENJADI KERA SUMBANG DALAM PERSAUDARAAN PENGAKAP DI SABAH..seperti yang sudah ada kita lihat. biasala..inikan "kepimpinan melalui tauladan"..

Saya ingin bagi pandangan:
1. Tidak salah menggunakan orang-orang di daerah berkhidmat di Negeri. Saya amat alu-alukan supaya mereka faham benar pentingnya menyumbangkan tenaga sukarela. Bagi saya, hanya perlu maklumkan kepada DC, itu sahaja. Lagi baik, suruh mereka sendiri memaklumkan kepada DC.
2. Begitu juga dengan perlantikan di Negeri. Maklumkan sahaja kepada DC. Lagi ramai yang dilantik lagi saya suka kerana ini menunjukkan kepimpinan di daerah berjaya melahirkan pemimpin peringkat Negeri dan seterusnya.
Terima kasih.
Posted by: AT | December 2, 2007 08:34 PM