BUDAYA DALAM PENGAKAP YANG HAMPIR PUPUS
Tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan ramai Pengakap bersilih-ganti menyertai dan meninggalkan Pengakap. Namun, sungguhpun Pergerakan Pengakap di Sabah masih belum putus penyertaannya, beberapa budaya Pengakap 'old-school' seakan-akan diancam kepupusan dan hampir hilang ditelan zaman.
Budaya-budaya tersebut antaranya ialah:
1. Budaya 'yell' dalam aktiviti Pengakap.
Kalau dahulu Yell bukan sahaja dilaungkan dalam Malam2
Kebudayaan malah dalam sebarang aktiviti Pengakap.
Sekarang, dalam Malam Kebudayaan pun, masih lagi terpaksa
para Pemimpin kadangkala bertanya, "Ada yell
lagi?"..Sepatutnya 'Yell' tidak perlu ditanya. Ianya
merupakan wadah untuk sesebuah patrol meluahkan rasa dan
ekspresi mereka terhadap sesuatu perkara, perbuatan mahupun
patrol lain. Sebagai contoh, daripada 'bercakap di belakang' sekiranya ada rasa tidak puas hati, seseorang ahli Pengakap boleh mengajak ahli patrolnya membuat satu bentuk yell yang meluahkan rasa tidak puas hati tersebut. Punca kepupusan : Tidak ada sistem berpatrol
secara khusus yang diamalkan pada hari ini. Pengakap hari
ini menganggap Patrol hanyalah medium bagi memudahkan
Pemimpin mengarahkan mereka..walhal patrol sebenarnya
merupakan nadi pergerakan Pengakap Kanak-kanak hingga
Pengakap Remaja. Ahli Patrol seharusnya bergerak
bersama-sama, sama ada dalam mengulangkaji pelajaran,
mengambil ujian di dalam dan di luar masa perjumpaan
Pengakap, malahan semasa keluar ke bandar sekalipun. Ulasan
mengenai sistem berpatrol akan dihuraikan dari masa ke
semasa.
2. JOBWEEK / Minggu Kerja Pengakap
Tradisi Pengakap ini hanya dijalankan sebanyak 2 kali di
Sabah dalam masa 7 tahun ini. Pada asalnya, Jobweek
dijalankan untuk mencari atau menambah sumber kewangan
sesebuah kumpulan Pengakap bagi membolehkan kumpulan itu
menganjurkan aktiviti2 ataupun menghantar ahlinya ke
Program Pengakap di peringkat daerah, Negeri, Kebangsaan &
Antarabangsa. Jobweek bukanlah aktiviti meminta derma
semata-mata. Ianya merupakan batu loncatan dalam melatih
Pengakap melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan
sumber kewangan. Hari ini, terdapat ramai Pengakap lepasan
sekolah yang masih menganggur untuk jangka masa yang lama.
Jika dulu, para ahli Pengakap menjalankan Jobweek dengan
bekerja sambilan (part-time) di syarikat-syarikat tertentu
seperti KFC, McDonalds dan perniagaan tempatan. Punca
kepupusan : Hari ini, aktiviti Jobweek hanya dilihat dari
aspek mencuci kereta, kerja-kerja membersih..tidak lebih
dari itu. Itu sebabnya dahulu jarang ada ahli Pengakap yang
menganggur selepas bersekolah. Ini kerana mereka sudah tahu
ke mana dan apa yang harus dilakukan untuk mendapatkan
sumber kewangan yang halal. Dibuang ke ceruk mana pun
mereka masih mampu menampung diri mereka sendiri. Sebab itu jika kita lihat ramai Pengakap 'senior' yang ada pada hari ini merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Sekiranya ada di antara mereka yang telah bersara dari kerajaan, mereka juga menceburkan diri dan berjaya dalam perniagaan mereka. Ini kerana mereka mempunyai latihan dan kemahiran yang mencukupi melalui latihan semasa dalam kumpulan Pengakap mereka dahulu.
3. Golongan bekerja/stabil dari segi kewangan yang menyertai
Pengakap Kelana.
Jika dahulu, ramai golongan pekerja muda menyertai Pengakap
Kelana dan mampu sedikit sebanyak membantu dalam menjayakan
aktiviti krew mereka. Keterikatan mereka dengan kerja bukan
penghalang penglibatan dalam Pengakap, malah dengan situasi
itu, mereka terjamin akan sentiasa 'stick around'
memandangkan mereka tidak akan ke mana-mana (meninggalkan
daerah/negeri/negara). Senario hari ini adalah...hampir
kesemua ahli dalam sesebuah krew Kelana merupakan 'fresh
scool leavers' yang belum tentu dapat membantu krew dari
segi kewangan dan kehadiran mereka juga amat disangsikan
(ada yang akan melanjutkan pelajaran, terikat dgn kursus
itu dan ini dsb). Kesungguhan dan minat mereka dalam
Pengakap amatlah dihargai, namun dalam keadaan ekonomi
mereka yang kurang 'independent', sedikit sebanyak akan
menimbulkan banyak halangan dan seterusnya akan menjejaskan
aktiviti krew mereka. Punca kepupusan : Ketiadaan
pendedahan terhadap unit PENGAKAP BUDIKA..Pengakap Budika
merupakan unit Pengakap yang boleh diserta oleh Pengakap
Remaja selepas habis bersekolah. Aktiviti-aktiviti Pengakap
Budika ini lebih menjuruskan kepada pencarian dan
keterlibatan sesebuah krew itu dengan kursus-kursus
kemahiran serta professional yang ada yang boleh disertai
oleh ahli2nya bagi mempersiapkan mereka dengan kemahiran2
yang diperlukan dalam dunia bekerjaya mereka. Saya rasa
tidak ramai ahli Pengakap hari ini mengetahui tentang
wujudnya unit PENGAKAP BUDIKA ini. Yang terjadi hari ini
ialah Pengakap dalam lingkungan umur 18 tahun terus
menyertai Krew Pengakap Kelana. Dalam konteks ini, ada juga
Pemimpin Kelana yang lupa bahawa selagi Pengakap itu belum
mencapai umur 18 tahun, mereka hanya dikategorikan
sebagai 'Junior Rover' dan belum layak untuk menduduki
vigil Pengakap Kelana (biasa terjadi di krew yang mempunyai
anggota yang belajar di Tingkatan 6). Itu juga salah satu
penyebab ramai Pengakap Kelana hari ini yang kurang
berkemahiran dari segi yang boleh menuju ke arah kerjaya.
To be Continued...

pasal yeLL....
urm... kaLi dorang maLu...
n kadang2 laungan yeLL d'kawal oleh pemimpin n d'terhadkan...
skrg scout'07 smbulan b'aktiviti
dgn yeLL... ada peningkatan juga la... n laungan yeLL pgkp
telah d'contohi n d'ikuti oleh persatuan lain d skola.... =)
penyebaran ini m'naikan semangat
semasa beraktiviti...
Posted by: yeRn | October 31, 2007 02:11 AM
anggphn org skrg x g mcm dl.
klu dl pgkp adlh krjaya,tp skrg gkp adlh hobi d ms lpng. x bgtu skip?
Posted by: ochi | January 3, 2008 02:51 AM